Kertas Cadangan Program Motivasi Upsr
Contoh Kertas Kerja Program Motivasi. Mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Matlamat sebenar program From Zero To Hero ini. KERTAS CADANGAN.
TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM AKUJANJI UPSR TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR
Thursday, May 1, 2014
Contoh Kertas Kerja Program Motivasi Upsr
PROGRAM AKUJANJI UPSR TAHUN 6
Contoh Kertas Kerja Program
Contoh Kertas Kerja Projek
TEKS | ||
1030 | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah. Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad Sekolah Kebangsaan Kulai Satu ---------------------------------------------------------------------------------- Guru Penolong Kanan Satu ---------------------------------------------------------------------------------- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ---------------------------------------------------------------------------------- Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum ---------------------------------------------------------------------------------- Burung merbah di pohon cemara Selamat datang untuk semua Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama dapat berkumpul pada pagi yang begitu indah untuk sama-sama hadir dalam Program Akujanji Murid-murid UPSR TAHUN 6 SK KULAI 1 bagi tahun 2014. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran Para ibu bapa & penjaga serta seluruh murid Tahun 6 SK KULAI 1 ke program Akujanji pada hari ini. Semoga dengan berkat kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke program kita pada pagi ini akan menambahkan lagi semangat dan keazaman bagiseluruh murid-murid TAHUN 6 2014 untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapi tidak lama lagi. Buat pengetahuan ibu bapa dan penjaga sekalian, program yang dijalankan pada pagi ini merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR yang dirangka bagi memastikan peningkatan prestasi murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR. Program inimerupakan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SK KULAI 1. Singgah sebentar rumah cik Samad Moga majlis mendapat berkat Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abd Halim bin Esa untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis pada malam ini akan diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang berusaha EN ZIMAN BIN MOHAMMAD GURU BESAR SK KULAI 1 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada EN ZIMAN BIN MOHAMMAD GURU BESAR SK KULAI 1 atas ucapan beliau sebentar tadi. UCAPAN YDP Ibu bapa dan hadirin sekalian, Majlis pada malam ini akan diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang dihormati tn hj Patah Abidin Bin Md saidYDP PIBG SK KULAI 1 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada dihormati tn hj Patah Abidin Bin Md saidYDP PIBG SK KULAI 1 atas ucapan beliau sebentar tadi. Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu UPACARA AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Bagi menyempurnakan upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput __________________________ untuk mempimpin bacaan ikrar. Murid-,murid diminta untuk berdiri. AKUJANJI guru tahun 6 Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian memimpin bacaan ikrar akujanji sebentar tadi. Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu UPACARA AKUJANJI guru2 TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Bagi menyempurnakan upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput __________________________ untuk mempimpin bacaan ikrar. Guru2 tahun 6 dijemput untuk berada di atas pentas bg menyempurnakan akujanjui guru…. AKUJANJI IBU BAPA Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian memimpin bacaan ikrar akujanji sebentar tadi. Guru-guru dan hadirin sekalian, majlis pada malam ini akan diteruskan dengan AKUJANJI IBU BAPA & PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Bagi menyempurnakan upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput _______________________ untuk mengetuai akujanji IBU BAPA DAN PENJAGA. Dijemput IBU BAPA & PENJAGA untuk berdiri bagi menyempurnakan upcara Akujanji. MAJLIS MENENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID. Bagi menyempurnakan majlis menandatangani Dokumen Akujanji Murid-murid, dengan ini majlis menjemput ___________________________________ bersama-sama dengan Tn Guru Besar, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD dan GURU PENOLONG KANAN 1 SK KULAI 1, EN AHMAD BIN AWANGuntuk menyempurnakan MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID. Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI GURU. Bagi menyempurnakan majlis menandatangani Dokumen Akujanji guru, dengan ini majlis menjemput ___________________________________ bersama-sama dengan Tn Guru Besar, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD dan YDP SK KULAI 1, TN HJ PATAH ABIDIN BIN MD SAID, untuk menyempurnakan MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID. MAJLIS MENENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI IBU BAPA /PENJAGA Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANI IBU BAPA & PENJAGA. Bagi menyempurnakan majlis menandatangani Dokumen Akujanji IBU BAPA, PENJAGA, dengan ini majlis menjemput ___________________________________ bersama-sama dengan Tn Guru Besar, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD dan YDP SK KULAI 1, TN HJ PATAH ABIDIN BIN MD SAID,untuk menyempurnakan MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID. PENUTUP Bintang barat terbitan petang, bintang timur terbitan pagi, jika tidak melarat panjang, ada umur ketemu lagi Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Dengan itu, maka selesailah sudah PROGRAM AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Saya mewakili seluruh warga SK KULAI 1 memohon maaf atas segala kekurangan atau kesilapan sepanjang menjayakan program ini. Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh PANTUN ILMU Padi segemal kepuk di hulu, Kepalang duduk menuntut ilmu, Ramai orang membeli jamu, Di bawah pokok cuaca redup, Bersungguh-sungguh mencari ilmu, Ilmu dicari penyuluh hidup. Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah, Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah. Ramai orang menggali perigi, Ambil buluh lalu diikat, Ilmu dicari tak akan rugi, Buat bekalan dunia akhirat. Pinang muda dibelah dua, Anak burung mati diranggah, Dari muda sampai ke tua, Ajaran baik jangan diubah. Terang bulan di malam sepi, Cahya memancar kepangkal kelapa, Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada ibu dan juga bapa. Ke hulu membuat pagar, Jangan terpotong batang durian, Cari guru tempat belajar, Supaya jangan sesal kemudian. Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk, Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. |